Archive for the ‘Cookies’ Category

Cookies / Kuih / Biskut Raya untuk Pemborong sahaja

Jul 09

Salam semua,

Untuk makluman, Hanni Cookies telah menetapkan 13 jenis biskut dan kuih raya yang boleh diorder oleh pemborong. Ini bagi menjaga kualiti biskut kami di samping mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan juga order yang tidak sempat dibuat (jgn risau, perkara seperti ini tidak pernah berlaku tapi bak kata org, sediakan payung sebelum hujan =) )

Biskut-biskut ini adalah yang paling ngetop, fast selling dan sedap sepanjang 35 thn kami menjalankan perniagaan ini. Biskut-biskut ini ada yang telah diolah mengikut citarasa modern dan ada yang di preserve rasanya supaya  mengembalikan kenangan silam apabila menikmatinya.

Biskut-biskut yang boleh diorder adalah;

1. Almond stick
2. Chocolate chip / hawaiian nuts
3. Macadamia Choc Chip
4. Kastiden
5. Florentine
6. Nastar Keju
7. Snow Almond (tiada dlm brosur.  biskut baru yg sgt laris)
8. Badam Crescent
9. Putri Salju
10. Royale Chocolate
11. Choco orange
12. Fruit Delight
13. Cornflakes

Untuk biskut-biskut raya lain, kami akan membuatnya mengikut kesempatan yang ada dan akan dijual di Ampang Point Shopping Centre dan mungkin di Amcorp Mall. Bagaimanapun, jika ada pemborong yang inginkan sesuatu biskut selain daripada yg diatas pada kuantiti yang sgt byk, itu bisa diatur. Cuma perlu email / telefon kami untuk perundingan.

Cookies / Kuih / Biskut Raya – Pemborong Diperlukan

Jul 09

Berminat untuk menambah pendapatan anda pada musim Hari Raya ini? Kami mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi pemborong Biskut Raya kami. Syarat-syarat untuk menjadi pemborong adalah seperti berikut;

1. Perlu membeli minimum belian biskut sebanyak RM1000 dimana jenis-jenis biskut boleh dicampur-campur.

2. Diskaun akan diberikan mengikut jumlah belian seperti berikut;
min RM1000 – RM2000 – diberi 10% diskaun
lebih drpd RM2000 – RM5000 – diberi 15% diskaun
lebih drpd RM5000 – diberi 20% diskaun

3. Pemulangan atau pertukaran barangan selepas belian adalah tidak dibenarkan.

4. Semua belian adalah dalam bentuk tunai.

5. Order dibuka sekarang sehingga hari pertama berpuasa.

6. Penghantaran percuma diberikan untuk belian melebihi RM1000 Lembah Klang.

7.  Bagi mereka yang berada diluar Kuala Lumpur, sample kuih boleh dipos tetapi bayaran pos perlu ditanggung oleh pemborong. Tetapi diingatkan bahawa, biskut kami adalah fragile, jadi kerosakan seperti biskut pecah akan berlaku jika biskut itu dipos.

8.  Bagi pemborong luar Kuala Lumpur, penghantaran boleh dibuat menggunakan Pos Malaysia. Bayaran Pos adalah mengikut berat bungkusan dan packaging. Jadi kami amat menyarankan untuk pemborong datang ke Kuala Lumpur sendiri untuk mengambil tempahan anda bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

9.  Harga jualan di pasaran untuk biskut-biskut ini adalah pada RM24-RM28. Terpulang pada pemborong untuk menaikkan harga atau menjual pada harga yang sama.

Sample biskut boleh didapati dari Ampang Point pada harga RM15-RM10 (dalam container kecil). Stok adalah terhad.

Cookies / Kuih / Biskut Raya Cappucino Tiara 2009

Jul 05
Biskut raya

Biskut raya

Crispy pastry blends with the sweetness of meringue and a hint of cappucino.Light and fluffy.

Cookies / Kuih / Biskut Raya Royale Chocolate 2009

Jul 05
Biskut raya

Biskut raya

The ultimate chocolate experience, Double chocolate, double taste! Perfect for chocolate lovers.

Cookies / Kuih / Biskut Raya Pineberry Tart 2009

Jul 05
Biskut Raya

Biskut Raya

The perfect pairing, tantalizing blueberry and pineapple with a sprinkle of coconut flakes. It’s a “Must-try” awesome gourmet treats!!!!